MENJANA KEMENANGAN BA DALAM TAHUN 2004 |
Dr. QA : Siri
l : Pilihan Raya dan Kesahan Sosiologikal
PAS : LANDASAN, KEGAGALAN DAN
KEMENANGAN
LANDASAN UTAMA
LANDASAN KEDUA
LANDASAN KETIGA
RANCANGAN PERJUANGAN : Menegak kedaulatan Islam iaitu melaksanakan syariat. Sejarah perjuangan Islam telah lama bermula
1. dengan tabligh (penyampaian) melalui pendidikan individu dan pondok .
2. Perjuangan melawan penjajah dengan senjata ; timbul tenggelam dan terpencar di sana sini menurut keadaan dan tempat. Mereka tidak mempunyai “ketumbukan” strategik perang dengan bidang yang lengkap.
3. Perjuangan lain dalam bentuk baharu ialah melalui organisasi. Badan politik dinamakan parti dan persatuan yang semi politik bergerak dalam negara yang memakai sistem demokrasi.
4. Di Malaysia dan Indonesia : sejarah perjuangan Islam berkait rapat dan mereka menurut aliran (trend) yang sama.
KEPIMPINAN :
Seperti ramai yang mengetahui tentang sifat kepimpinan Rasulallah, Muhammad s.a.w. iaitu siddiq, amanah, tabligh dan fatanah maka ini menjadi dasar perjuangan setiap Muslim.
Dua syarat penting dalam perjuangan. Pertama, pemimpin dan kepimpinan ; dan kedua, organisasi yang lengkap dan kemas.
Syarat bagi Pemimpin, keadaannya menurut taraf pimpinan, antara lain adalah sebagai berikut :
1 Sebagai ILMUWAN mempunyai ilmu yang luas dan ilmu khusus:
2. Sebagai RAJA yang adil mempunyai rakyat berbagai rupa kelakuan : baik
dan jahat. Namun demikian, mereka semuanya adalah rakyat baginda ;
3. Bersifat sebagai tokoh GURU iaitu menerima murid untuk diajar
4. Bersifat sebagai MURID menerima pandangan guru dan ibu bapa. Keadaannya
TERBUKA seperti gelas yang kosong untuk di isi dengan air ; kemudian ditapis,
buang apa yang tidak berguna ;
5. Bersifat sebagai DOKTOR iaitu mengubati sakit tanpa memandang warna,
bangsa, agama. Semua makhluk Allah yang perlu diubati ;
6. Sebagai DIPLOMAT, sifatnya terbuka, senyum menghadapi masalah dan
menyelesaikannya melalui diplomasi yang gigih supaya tidak putus hubungan ;
7. Sebagai PEMBELA keadilan dan TIDAK MENJADI HAKIM dalam erti kata
menjatuhkan hukum.
KEPIMPINAN
Kepimpinan tercermin dalam persatuan, badan, parti dan berbagai organisasi. Perlembagaan organisasi membentuk taraf dan peranan pimpinan dari presiden menurun kepada pemeriksa kira-kira dan anggota biasa. Masing-masing mempunyai peranan atau kewajipan.
Regu atau team yang berwibawa memenuhi
syarat pemimpin seperti tersebut di atas
perlu dikira dengan “berani”
Mesyuarat biasa dan mesyuarat agung memainkan peranan penting dalam memberi teguran dan nilai kepimpinan.
Usul, latar belakang perjuangan menentukan arah dan jaya atau gagal kepimpinan untuk melaksanakannya.
Kekerapan mesyuarat dan ulang kaji (Review) segala usul dan kegiatan merupakan satu syarat kejayaan yang utama.
Disisplin : semua pemimpin kena akur
dengan keputusan mesyuarat, baik sewaktu memberikan pendapat mahupun menjalankan tugas
masing-masing. Pembahagian
tugas terhindar daripada keadaan yang boleh menimbulkan percanggahan kedudukan
dan peranan (conflict of interest) . Hapus
sikap “serba tahu” (master-know-all)
; rujuk kepada yang pakar (ahli) dalam
bidang masing-masing.
PEMIMPIN Pas, terutama yang menjadi Adun, AP (MP), Senator kena ikut keputusan Dewan Ulama dan mesyuarat. Setiap kenyataan hendaklah bertulis atau ada teks untuk pedoman. Harakah wajib menjadi LIDAH parti. Pemimpin kena pakai lidah sendiri ; jangan pakai lidah orang lain. Sekian. Pandangan saya tak sepertinya. Seterusnya ikutilah SIRI II : Pandangan mengenai PILIHAN RAYA KESEPULUH.
Dr. Ahmad Kamar,
E-mail : dr_ahmadkamar@hotmail.com
|